Pilih Bahasa: English Malay Chinese Japanese
Lawatan ke Sabah
Negeri Sabah juga dikenali sebagai “Negeri di Bawah Bayu”, hasil ilham pengarang terkenal zaman kolonial iaitu Agnes Keith. Kedudukan Sabah terletak jauh dari lingkaran angin taufan dan disinari cahaya matahari dan cuaca yang baik sepanjang tahun.

Ibu negeri Sabah terletak di pantai barat dan dihubungan dengan bandar-bandar utama di rantau ini melalui sistem penerbangan antarabangsa, sistem pernerbangan Malaysia dan penerbangan yang lain.

Gunung Kinabalu iaitu lambang kemegahan negeri Sabah merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara, memakan 2 jam lebih perjalanan dari bandar Kota Kinabalu. Gunung Kinabalu telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia dan ia merupakan destinasi yang harus dikunjungi.

Pulau Sipadan yang terletak di Pantai Timur Sabah, merupakan syurga para penyelam dan terkenal di seluruh dunia dengan hidupan marinnya yang belum diusik.

Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia - South East AsiaSabah - Land Below The Wind

Copyright © 2008 Sabah International Expo. All rights reserved. You are our visitor no. | Powered by JuiceAPac