Pilih Bahasa: English Malay Chinese Japanese
Kejayaan-kejayaan Lepas: SIE2004
Persidangan Perdagangan Antarabangsa Sabah (SIBC) telah diadakan pada 8 September 2004. Ia bertemakan BIMP-EAGA: "Breaking Ground in the Global and Regional Economic Arena". Bekas Presiden Republik Filipina, Gabenor Fidel V Ramos telah membentangkan kertas kerja mengenai "Strategic Directions BIMP-EAGA in the Global and Regional Economic Landscape". Para pemimpin sektor kerajaan dan swasta pula membentangkan kertas kerja mengenai perkembangan di dalam sektor BIMP-EAGA berikut: Kelapa sawit, mineral, alam sekitar dan pemuliharaan; Industri Makanan Halal; Pengurusan pembekal berterusan; Perhubungan Udara dan Laut; Pembangunan SME. Sejumlah 363 wakil telah mengambil bahagian pada SIBC2004.

Ekspo Antarabangsa Sabah 2004 (SIE2004) telah diadakan dari 9 hingga 12 September 2004 dengan jayanya. Sejumlah 133 gerai pameran telah memenuhi ruang di Ekspo Dagangan. Keuntungan, sejumlah RM5,057,600 telah diperolehi daripada ekspo 4 hari itu. Potensi urusniaga dalam bentuk pesanan bernilai RM9,510,000 turut diperolehi. Dengan itu jumlah keseluruhan yang diperolehi oleh para pempamer dan pengunjung SIE ialah RM14,568,660.

Hasil maklum balas kaji selidik dari pempamer sangat positif. 98% pempamer mengulas bahawa SIE2004 di luar jangkaan mereka dan sangat memberangsangkan. Manakala 91% pempamer berpendapat bahawa ekspo ini berhasil memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka kepada ahli perniagaan dan juga orang awam. Kebanyakan pempamer mengatakan bahawa SIE2004 telah memenuhi kehendak mereka.

Terdapat 54 gerai dari negara asing yang terlibat. Dengan itu, Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) mengiktiraf SIE2004 sebagai Ekspo Antarabangsa, dan membolehkan pempamer Malaysia (SMIs) mendapat bayaran balik sebanyak 50% melalui MATRADE di bawah Market Development Grant (MDG).

Jumlah pengunjung : 36,081
Jumlah ahli perniagaan yang melawat : 10,000

Pedagang asing yang datang berkunjung datang dari Negara Australia, Brunei Darussalam, Kanada, China, Croatia, Jerman, Indonesia, Jepun, Korea, Kuwait, Mexico, Namibia, Nepal, New Zealand, Nigeria, Filipina, Poland, Singapura, Republik Slovak, Afrika Selatan, Switzerland, Taiwan, United Kingdom, Uzbekistan dan Vietnam.

Penyertaan antarabangsa pada pameran ini sangat menggalakkan dengan penyertaan 52 pempamer dari luar negara iaitu: Australia, Brunei Darussalam, China, Croatia, Indonesia, Jepun, Filipina, Poland, Singapura, Afrika Selatan, Korea Selatan, Taiwan, United Kingdom dan Vietnam.

SIE2004 International and Malaysian Booths

Sabah International Business Conference 2004

Copyright © 2009 Sabah International Expo. All rights reserved. You are our visitor no. | Powered by JuiceAPac