Pilih Bahasa: English Malay Chinese Japanese
Kejayaan-kejayaan Lepas: SIE2002
Persidangan Perdagangan Antarabangsa Sabah (SIBC) telah diadakan pada 18 September 2002. Objektifnya adalah untuk mengalakkan perdagangan dan pelaburan di Sabah; mempromosi sektor pelancongan di Sabah dan menggiatkan BIMP-EAGA. Sejumlah 355 wakil terlibat.

Ekspo Antarabangsa Sabah 2002 telah diadakan dari 19 hingga 22 September 2002 dengan jayanya dan 94 pempamer telah memenuhi 129 gerai di Ekspo Dagangang. Sejumlah RM388,860,00 telah diperolehi dari jualan terus daripada ekspo 4 hari itu. Potensi urusniaga dalam bentuk pesanan berjumlah RM19,693,000.00 juga turut dicatat. Dengan itu jumlah keseluruhan yang diperolehi daripada para pempamer dan pengunjung SIE2002 ialah RM20,081,860.

Hasil maklum balas kaji selidik dari pempamer sangat positif. 91% pempamer mengulas bahawa SIE di luar jangkaan mereka dan sangat memberangsangkan. Manakala 89% pempamer lagi berpendapat bahawa ekspo ini berhasil memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka kepada ahli perniagaan dan juga orang awam. Kebanyakan pempamer mengatakan bahawa SIE2002 memenuhi kehendak mereka.

Terdapat 40 gerai dari negara asing yang terlibat. Dengan itu, Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) mengiktiraf SIE2004 sebagai Ekspo Antarabangsa, dan membolehkan pempamer Malaysia (SMIs) mendapat bayaran balik sebanyak 50% melalui MATRADE di bawah Market Development Grant (MDG).

Jumlah pengunjung : 30,170
Jumlah ahli perniagaan yang melawat : 8,000

Pedagang asing yang berkunjung ke ekspo ini datang dari Negara Australia, Brunei Darussalam, Kanada, China, Croatia, Jerman, Ghana, Indonesia, Jepun, Korea, Kuwait, Mexico, New Zealand, Norway, Filipina, Poland, Singapura, Switzerland, Taiwan, Thailand dan United Kingdom.

Penyertaan antarabangsa pada pameran ini sangat menggalakkan dengan 40 penyertaan pempamer dari luar negara iaitu; Australia, Brunei Darussalam, Croatia, China, Jerman, Jepun, Korea, New Zealand, Filipina, Poland, Singapura dan United Kingdom.

SIE telah mencapai matlamatnya untuk mewujudkan persaingan perniagaan yang sihat di mana, ia dapat meningkatkan peluang perdagangan dan pelaburan di Sabah. Kebanyakan pempamer mencapai pelanggan sasaran mereka sama ada orang awam ,peserta ekspo atau ahli-ahli perniagaan.

SIE2002 International and Malaysian Booths

Copyright © 2009 Sabah International Expo. All rights reserved. You are our visitor no. | Powered by JuiceAPac