Federation of Sabah Manufacturers (FSM)
Federation of Sabah Manufacturers (FSM) ditubuhkan di Kota Kinabalu, Sabah pada tahun 1983. Kini, FSM mempunyai lebih daripada 150 ahli yang terlibat di dalam industri plastik, makanan, minuman, bahan pembinaan, kayu-kayan, besi, perkakasan, elektrik dan elektronik di seluruh Sabah.
Secara amnya FSM komited membantu pengilang tempatan di dalam perindustrian kecil dan sederhana, dengan lebih khusus mengeksport produk mereka ke luar negara, terutama sekali ke negara jiran iaitu di rantau BIMP-EAGA dengan pembabitan di dalam perniagaan yang bersesuaian dan perdagangan luar negara. FSM berusaha memberikan servis yang berkualiti kepada ahli-ahlinya dan membantu mereka berkembang melalui perkongsian perusahaan.
![]()
Malaysian International Chamber of Commerce & Industry (MICCI)
Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI) ialah organisasi yang diiktiraf dan mewakili kebanyakan syarikat antarabangsa, dan kini beroperasi di Malaysia. Ia bertujuan untuk menggalak, melindungi dan memajukan perdagangan bebas, terutamanya kepentingan golongan pelabur antarabangsa pada masa kini yang terlibat dalam perniagaan, perdagangan dan industri di Malaysia.
MICCI mengekalkan penilaian secara konstan bagi corak perniagaan di Malaysia dan menikmati dialog yang cemerlang dengan kerajaan. Kini MICCI mempunyai lebih dari 1,100 ahli koprat. Cawangan MICCI di Sabah telah ditubuhkan pada tahun 1994 dan kini memberi perkhidmatan kepada 78 orang ahli di "negeri bawah bayu".