Pilih Bahasa: English Malay Chinese Japanese
Kastam & Pengangkutan
Kastam dan Kuarantin

Sesetengah barang akan dikenakan duti kastam, terutama sekali sekiranya ia bertujuan untuk dijual. Deposit akan dikembalikan untuk barangan yang dieksport semula. Pemeriksaan kuarantin untuk setiap barangan juga dilakukan dan bagi kes tertentu pengkuarantin akan dilakukan.

Untuk membantu pengeluaran yang efisien, semua barangan yang diimport masuk ke Sabah harus tiba sekurang-kurangnya 14 hari lebih awal sebelum Ekspo bermula. Tiada jaminan untuk pengeluaran barangan kurang dari 14 hari ekspo bermula.

Agen Penghantaran


DHL Express
Lot 15, Ground Floor, Wong Kwok Commercial Centre,
Jalan Bundusan, Penampang,
88300 Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Tel: +60 88-724 770
Fax: +60 88-715 990

Sebaik sahaja anda diterima sebagai pempamer, buku panduan pempamer akan dikirimkan kepada anda. Turut disertakan Borang kebenaran Kuarantin dan kastam bersama-sama dengan buku panduan pempamer dan hendaklah diisi dengan lengkap dan difaks kembali. Ke semua informasi berhubung dengan kargo, termasuk harga, hendaklah disenaraikan dengan akuan kastam atau invois. Adalah dinasihatkan untuk meletak harga barang dagangan dan bukan harga runcit atau pun harga yang disyorkan.

Copyright © 2008 Sabah International Expo. All rights reserved. You are our visitor no. | Powered by JuiceAPac